Hurmmmmmmm...

10:46:00 PM

Bila kau dah nak menginjak usia 30, kawan - kawan kau dah kahwin dan beranak pinak, dan kau pulak still macam ni..single.

Tak..aku bukan nak mengeluh pun pasal jodoh aku yang batang hidung dia pun aku langsung belum nampak tu. Cuma, aku agak ralat la dengan sorang kawan ni.

Tiap kali bila borak-borak ngan kengkawan tetiba dia ni pulak sebut pasal kahwin. Mula lah nak suruh aku kahwin cepat. Ada sekali aku dah geram sangat, aku jawab dia balik "kau bagi la aku tips macam mana nak kawen cepat". Hah..terus diam..dan dan tu jugak tukar topik lain.

Kau ingat aku ni single, aku tak bahagia..gitu? Kau ingat kau tu Tuhan ke nak tentukan kebahagiaan aku? Family aku sendiri pun tak pernah sibuk sibuk nak tanya bila aku nak kahwin (even yes of course, deep inside aku tau dorang memang teringin nak tengok aku berkeluarga. well, siapa tak nak nak ada family sendiri, kan?)

Setiap orang ada bahagian dia masing - masing, jangan ingat jalan hidup kau sorang tu je yang betul. Bye.

You Might Also Like

0 ♥

Followers

Blog Archive